Istiqbal Ramadhan di SMTM Shahab Perdana & Jitra
ISTIQBAL YA RAMADAN !!! RAMADAN KARIM.. Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur kepada pencipta langit & bumi, Allah Rabbul 'Alamin akhirnya Ramadan kembali lagi. Sama-samalah kita berdoa... ' ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai. Sama-samalah kita rancang dan laksanakan aktiviti-aktiviti ibadah untuk mendapatkan manfaat sebanyak mungkin. Isilah setiap detik dengan amalan yang berharga. Pelbagai amalan harian boleh dibuat dan diperbaiki antaranya solat di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat, memperbanyakkan membaca al-Quran, malah semudah-mudah amalan seperti istighfar, berzikir, bertahmid sambil membuat kerja amatlah bagus untuk diamalkan. Semuanya terletak pada kehendak, kesungguhan dan keikhlasan kita untuk mengamalkannya. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangs...

Comments
Post a Comment