Posts

Showing posts from May, 2014

Majlis Hari Guru SMTM Shahab Perdana 2014

Image
Assalamualaikum...seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah TM kedua-dua cawangan iaitu Jitra dan Shahab Perdana akan mengadakan majlis Hari Guru.  Nampaknya sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah TM Shahab Perdana disambut lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Syabas dan tahniah di atas kejayaan ini. Berkat kegigihan dan kerjasama antara guru dan pelajar, majlis berjalan lancar dan meriah walaupun dalam keadaan sederhana dan kekurangan. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pusat Pengajian TM, Encik Jauhari Othman diikuti dengan ucapan para guru. Beberapa persembahan menarik ditampilkan oleh pelajar-pelajar sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru. Rupa-rupanya ramai yang memiliki bakat terpendam. Persembahan mereka mendapat sambutan menggalakkan diselangi gelak tawa guru-guru dan rakan-rakan. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan. Semoga pelajar-pelajar akan terus maju, membina keyakinan diri dan mencapai kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang