Majlis Hari Guru SMTM Shahab Perdana 2014

Assalamualaikum...seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah TM kedua-dua cawangan iaitu Jitra dan Shahab Perdana akan mengadakan majlis Hari Guru.

 Nampaknya sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah TM Shahab Perdana disambut lebih meriah berbanding tahun sebelumnya. Syabas dan tahniah di atas kejayaan ini. Berkat kegigihan dan kerjasama antara guru dan pelajar, majlis berjalan lancar dan meriah walaupun dalam keadaan sederhana dan kekurangan. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pusat Pengajian TM, Encik Jauhari Othman diikuti dengan ucapan para guru.

Beberapa persembahan menarik ditampilkan oleh pelajar-pelajar sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru. Rupa-rupanya ramai yang memiliki bakat terpendam. Persembahan mereka mendapat sambutan menggalakkan diselangi gelak tawa guru-guru dan rakan-rakan. Semangat dan komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan. Semoga pelajar-pelajar akan terus maju, membina keyakinan diri dan mencapai kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Ucapan Pengetua SMTM Shahab Perdana, Cikgu Nurul Akma bertemakan "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"

Ucapan penuh nasihat daripada Cikgu Suria 

Cikgu Nazirah yang comel turut memberi ucapan dan kata-kata motivasi.

 Ucapan oleh Tuan Pengarah Pusat Pengajian TM.

Taatnya pelajar-pelajar, semua khusyuk mendengar ucapan Tuan Pengarah..=)

Guru Bahasa Inggeris yang disayangi, Teacher Farhana tersenyum lebar dalam ucapannya.

 Ucapan wakil pelajar SMTM Shahab Perdana, menyampai tanda kasih dan penghargaan kepada guru-guru.

  Ucapan wakil mantan pelajar SMTM Shahab Perdana. Perkongsian pengalaman dan usaha gigih demi mencapai kejayaan. Kejayaan tidak mengenal usia, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


Duduk bersila sambil leka mendengar amanat para guru.

Kenangan bersama guru-guru dan pelajar. Dari kiri, Cikgu Nazirah, Cikgu Farihah, Ustazah Noorul Huda, Cikgu Suria, Ustazah Khadijah, Cik Pengetua Nurul Akma dan Cikgu Farhana.

Jom potong kek!! Potong ramai-ramai makan sama-sama..(^_^)

Bacaan ikrar diketuai Ustaz Akram disusuli nyanyian oleh guru-guru.






Persembahan oleh pelajar-pelajar SMTM Shahab Perdana.


Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

Hari Interaksi Bersama Waris

Kemasukan Pelajar Baharu Sekolah TM Sesi 2018