Posts

Showing posts from September, 2014

BENGKEL SKOR A+ PT3 & SEMINAR KECEMERLANGAN SPM

Image
PEPERIKSAAN PT3 & SPM tak lama lagi !!!   Sudah mahir semua subjek??  Banyak lagi yang tak faham..sempat ke nak ulangkaji??   PERSIAPAN AKHIR menjelang peperiksaan!!  TINGKATKAN KEYAKINAN ANDA!! DAFTAR SEGERA !!  Bagi calon yang belum bersedia sepenuhnya mahupun yang sudah bersedia,  Jangan lepaskan peluang di depan mata!! LENGKAPKAN PERSEDIAAN ANDA!!   SEMINAR SPM DI SHAHAB PERDANA SEMINAR DI JITRA

Jawatan Kosong Pensyarah Pengurusan Pejabat

TM Training mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Pengurusan Pejabat  di TM Training (separuh masa/part time). Syarat kelayakan adalah seperti berikut :-                                         - Memiliki ijazah berkaitan yang diiktiraf.                                         - Berpengalaman dalam bidang berkaitan pengurusan pejabat.                                         - Mempunyai komitmen yang tinggi dan berdisiplin. Sila e-mail resume anda ke sekmentm@ymail.com atau hubungi 04-733 8727 (Shahab Perdana) untuk sebarang pertanyaan.

Hari Sukan SMTM Jitra 2014

Image
 Tanggal 28 Ogos 2014, SMTM Jitra telah menganjurkan Karnival Sukan Dalaman bertempat di Futsal Center, Kelubi, Jitra. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengarah SMTM. Acara sukan untuk tahun 2014 mempunyai kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sukan yang dipertandingkan melibatkan aktiviti di dalam dewan seperti futsal, badminton, chess dan dam. Selain jamuan penambah tenaga, hadiah yang ditawarkan juga lumayan. Terserlah semangat kesukanan dengan penglibatan ramai pelajar. Guru-guru dan tenaga kerja SMTM juga turut tidak ketinggalan menyertai pertandingan futsal dan badminton.  Aktif bersukan menjana minda, mengeratkan ukhwah!

Sambutan Aidilfitri SMTM Shahab Perdana & Jitra

Image
Aidilfitri telah lama berlalu, namun belum terlambat nampaknya untuk berkongsi kenangan bersama pelajar-pelajar tahun 2014. Rasa terharu apabila mengenangkan semangat kerjasama dan kemurahan hati para pelajar. Masing-masing membawa makanan untuk memeriahkan lagi majlis. Aturcara khas telah diatur oleh guru bertugas. Majlis berlatarkan lagu hari raya memang meriah. Persembahan pelajar dan pertandingan kuiz pula menghangatkan lagi suasana majlis. Apa yang penting, para pelajar dapat merasai kepentingan kerjasama, sifat berani, yakin pada diri, kebijaksanaan, dan memupuk nilai persahabatan serta rasa hormat di antara rakan-rakan dan juga para guru.     SAMBUTAN AIDILFITRI SMTM JITRA

Jawatan Kosong Guru Tuisyen Fizik diperlukan segera!

Image
JAWATAN KOSONG!!  GURU TUISYEN FIZIK Tingkatan 5 diperlukan segera.  Sila email resume anda ke sekmentm@ymail.com.