Posts

Showing posts from July, 2014

Hari Interaksi Bersama Waris

Image
Pada 17 Julai 2014, Khamis baru-baru ini pihak SMTM baru sahaja mengadakan Hari Interaksi Bersama Waris secara serentak di kedua-dua cawangan Shahab Perdana dan Jitra. Tujuan diadakan perjumpaan antara guru, waris dan pelajar ini adalah untuk mengenalpasti masalah pelajar dan mencapai kata sepakat serta sokongan daripada ibu bapa demi menjana kecemerlangan pelajar dan sekolah.  Pihak sekolah amat berharap pelajar-pelajar akan lebih tekun dan berusaha gigih tanpa perlu disuruh, ikhlas berjuang untuk kejayaan diri sekaligus dapat membuahkan hasil yang dapat membanggakan pihak sekolah dan ibu bapa terutamanya. Bak kata pepatah, 'yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'. Begitu dalam maksud pepatah ini, kejayaan tidak akan dicapai jika tidak berusaha bersungguh-sungguh. Perjalanan untuk menempa kejayaan pastinya banyak dugaan dan cabaran. Sekalipun dilambung ombak tidak mustahil untuk berjaya andai hati berTEKAD dan MAHU, pasti diusahakan juga.   

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

Image
Masa untuk rehatkan minda dan menceriakan hidup!! Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman!!  Lawatan sambil belajar Sekolah Menengah TM Jitra telah diadakan pada 13 Mei 2014. Seawal jam 7.30 pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam bas dan bertolak pada pukul 7.45 pagi. Menariknya, ramai membawa bekalan sarapan maka bermulalah sesi bertukar-tukar juadah, sama-sama berkongsi makanan.  Rombongan tiba di destinasi pertama iaitu Muzium Perang di Bukit Batu Maung sekitar jam 10 pagi. Muzium seluas 20 ekar yang dianggap antara muzium paling berhantu di Asia  ini sebenarnya adalah bekas kubu British pada waktu perang Dunia ke-2. Ia d ibina pada tahun 1930an. Kemudiannya, muzium  ini  telah  ditukar menjadi penjara dan kem seksaan untuk askar Melayu, Sikh dan British  apabila Jepun berjaya merampas kubu . Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun. Setelah dipulihkan, akhir

Istiqbal Ramadhan di SMTM Shahab Perdana & Jitra

Image
ISTIQBAL YA RAMADAN !!! RAMADAN KARIM.. Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur kepada pencipta langit & bumi, Allah Rabbul 'Alamin akhirnya Ramadan kembali lagi.  Sama-samalah kita berdoa...   ' ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.    Sama-samalah kita rancang dan laksanakan aktiviti-aktiviti ibadah untuk mendapatkan manfaat sebanyak mungkin. Isilah setiap detik dengan amalan yang berharga. Pelbagai amalan harian boleh dibuat dan diperbaiki antaranya solat di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat, memperbanyakkan membaca al-Quran, malah semudah-mudah amalan seperti istighfar, berzikir, bertahmid sambil membuat kerja amatlah bagus untuk diamalkan. Semuanya terletak pada kehendak, kesungguhan dan keikhlasan kita untuk mengamalkannya. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur

Jawatan Kosong Guru Bahasa Melayu & Pendidikan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. GURU BAHASA MELAYU & GURU PENDIDIKAN ISLAM SPM  (Tingkatan 4 & 5) untuk kelas pengajian sepenuh masa  diperlukan segera di Sekolah Menengah TM Jitra. Syarat permohonan : 1. Kelulusan Diploma / Ijazah yang diiktiraf. 2. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. 3. Berkeyakinan dan mampu mengendalikan pelajar-pelajar SPM. 4. Rajin dan berdisiplin.    Hari bekerja tertakluk kepada jadual yang diberikan oleh pihak pengurusan. Bagi calon yang berminat, sila hantar resume anda ke sekmentm@ymail.com  atau hubungi  04-916 1388 / 019-564 1798