Hari Interaksi Bersama Waris

Pada 17 Julai 2014, Khamis baru-baru ini pihak SMTM baru sahaja mengadakan
Hari Interaksi Bersama Waris secara serentak di kedua-dua cawangan Shahab Perdana dan Jitra. Tujuan diadakan perjumpaan antara guru, waris dan pelajar ini adalah untuk mengenalpasti masalah pelajar dan mencapai kata sepakat serta sokongan daripada ibu bapa demi menjana kecemerlangan pelajar dan sekolah. 

Pihak sekolah amat berharap pelajar-pelajar akan lebih tekun dan berusaha gigih tanpa perlu disuruh, ikhlas berjuang untuk kejayaan diri sekaligus dapat membuahkan hasil yang dapat membanggakan pihak sekolah dan ibu bapa terutamanya. Bak kata pepatah, 'yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'. Begitu dalam maksud pepatah ini, kejayaan tidak akan dicapai jika tidak berusaha bersungguh-sungguh. Perjalanan untuk menempa kejayaan pastinya banyak dugaan dan cabaran. Sekalipun dilambung ombak tidak mustahil untuk berjaya andai hati berTEKAD dan MAHU, pasti diusahakan juga.   

BUTIRAN PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
PROGRAM: “HARI BERINTERAKSI BERSAMA WARIS 2014”.
HARI/TARIKH: KHAMIS / 17.07.2014.
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.
PENYERTAAN: SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR BERSAMA WARIS.

Sempena hari tersebut, Kelab Usahawan Muda SMTM Jitra telah mengadakan "Program Jualan Siswa Niaga 2014" bagi memeriahkan lagi program. Antara barangan jualan termasuklah biskut raya, kuih tradisional, barangan kelengkapan Raya Aidilfitri, kerepek, keropok, barangan kesihatan, kosmetik, minyak wangi, baju raya, tudung dan jubah raya. Program ini diharap dapat mengeratkan lagi ukhwah antara staf, guru, para pelajar serta waris.








SMTM Shahab Perdana turut mengadakan aktiviti sampingan sementara program bersama waris berjalan. Beberapa kategori kuiz telah dipertandingkan dan mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar antaranya kuiz SUDOKU untuk menguji kemahiran Matematik, Bahasa Inggeris, dan Teka Silangkata subjek Sejarah. Cikgu Taufiq peneraju utama bagi pertandingan tersebut.

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bersaing untuk memenangi acara tersebut. Alhamdulillah, program berjalan lancar. Kerjasama daripada para waris amatlah dihargai. Semoga prestasi masing-masing meningkat dan semoga kejayaan mengiringi perjuangan masing-masing dalam menuntut ilmu. 



 Teacher Fairuza memberi laporan kepada waris pelajar dan beberapa nasihat kepada pelajar.




Cikgu Azlina Su memberi laporan tentang prestasi kepada ibu pelajar. 
Para waris sabar menunggu giliran.


Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

Selamat Menyambut Hari Guru!!

BENGKEL SKOR A+ PT3 & SEMINAR KECEMERLANGAN SPM