Posts

Showing posts from May, 2013

Selamat Menyambut Hari Guru!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 16 Mei telah berlalu...saban tahun...tarikh ini memberi banyak kenangan indah dan bermakna terutama buat guru-guru dan para pendidik. Penghargaan besar ini seharusnya diberikan kepada guru dan pendidik di atas jasa,  penat jerih dan pengorbanan mereka  mengajar, mendidik dan membantu individu menjadi insan yang berjaya. Kecil, besar, tua dan muda semuanya pernah belajar dan mungkin mengajar, memang kehidupan ini tidak lari daripada proses belajar dan mengajar. Malah ibu bapa sendiri juga merupakan guru dan pendidik sejak kita masih kecil. Maka sangat wajar untuk semua menghargai warga pendidik ini. Sekolah Menengah Tengku Mahmood juga tidak terkecuali menyambut Hari Guru pada tahun 2013, bertemakan 1 Aspirasi, 1 Agenda. Sambutan diadakan di kedua-dua buah cawangan secara serentak iaitu di SMTM Shahab Perdana dan SMTM Jitra. Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. Jom layari gambar-gambar yang sempat dira