Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini merupakan hari yang bermakna buat semua calon SPM 2012 kerana semua orang akan mendapat keputusan hasil usaha masing-masing. Kepada yang cemerlang tahniah diucapkan dan kepada yang kurang bernasib baik jangan bersedih dan kecewa.

Masih banyak peluang di luar sana yang boleh di rebut.. Allah telah berikan kekuatan dan kelebihan kepada setiap insan. Jadi, carilah dalam diri masing-masing kekuatan dan kelebihan itu. Gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri untuk terus maju dan berjaya dalam hidup. Andai tidak cemerlang di dalam pelajaran, masih ada bidang bukan akademik yang boleh diceburi. Beranikan diri sertai program praktikal atau kursus kemahiran. Ingat! Definisi kejayaan yang dimiliki seseorang tidak boleh dinilai sepenuhnya berdasarkan akademik.

 Apa yang penting ialah kesungguhan dan keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu. Namun, kita memang tak boleh mengelak daripada mencari ilmu.Islam sendiri menekankan kita menuntut ilmu. Lafaz 'Iqra' sahaja sudah cukup kuat menyuruh kita membaca, menuntut ilmu. Betul tak?

Sekalipun kita merasakan kita tidak bagus dalam akademik, kita masih perlu tambahkan ilmu dan pengetahuan. Terdapat pelbagai cara untuk dapatkan ilmu. Jangan sempitkan pemikiran bahawa ilmu itu hanya boleh didapati melalui sekolah dan peperiksaan. Kemahiran dan pengalaman juga merupakan suatu bentuk ilmu. Namun begitu, hakikat kepentingan pengajian di sekolah mahupun mana-mana institusi pendidikan tidak dapat dinafikan lagi. Peperiksaan di peringkat sekolah adalah sekadar pengiktirafan awal dan permulaan bagi anda mencapai kejayaan yang lebih besar kelak. Kegigihan dan usaha untuk berjaya dan melepasi peperiksaan merupakan salah satu cara mendisiplin diri, melatih dan menjana pemikiran, dan membentuk jati diri kita. Jika gigih berusaha dan cemerlang, tentu sekali ianya memberi impak positif kepada kehidupan seterusnya. 

Apapun keputusan yang anda semua dapat, terimalah dengan hati terbuka dan minda yang positif kerana apa yang anda dapat, itulah yang telah anda usahakan selama ini. Allah kan maha adil, kalau sedikit usaha, sedikit la hasilnya.Sekiranya usaha melangit tetapi keputusannya masih tidak memuaskan, fikir-fikirkanlah dan renungkan. Mungkin ada beberapa kesalahan atau kekurangan. Mungkin teknik ulangkaji tidak berkualiti atau mungkin anda ada buat salah kepada sesiapa..Siapa tahu kan.. Kata orang, bila belajar ni hati kena bersih dan bebas dari beban dosa,tambah-tambah apabila dah dekat dengan waktu peperiksaan..baru berkat dan tenang nak jawab peperiksaan..tapi kalau hati bersih, usaha tak cukup, memang la takkan cemerlang..betul tak? Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..

Mahu berjaya perlu ada azam dan matlamat yang jelas. Tetapkan pendirian dan berusahalah ke arah target anda dengan konsisten. Jika di pertengahan jalan tiba-tiba rasa kurang bersemangat dan hampir berputus asa, carilah sumber inspirasi dan motivasi. Peritlah kalau bersengkang mata siang dan malam, tapi tidak ada sokongan. Nak berjaya bukanlah mudah seperti yang dikata. Di sinilah pentingnya konsisten pengisian rohani, SOLAT dan DOA. Allah tempat kita mengadu dan meluahkan rasa hati,pada Dia jugalah kita memohon sesuatu kerana Dia yang mencipta kita. Kalau kita membelakangkan Dia, macam mana nak berjaya..
Selain itu, hubungan yang baik dengan ibu bapa dan guru juga amatlah penting. Biadap pada ibu bapa dan guru, maknanya anda mengundang kegagalan dan kesusahan. Kalau tak percaya cuba la buat. Kalau tidak kena sekarang, mungkin 3,4 tahun lagi. Yang ni pun penting jugak, kawan yang baik. Carilah kawan yang membina kita bukan kawan yang menjatuhkan. Kalau mampu buat dan miliki semua ni, baru hati bahagia, tak stress, nak belajar pun hati tenang. Apabila hati tenang, belajar cepat faham, study 2 jam jadi lebih berkualiti daripada study 5 jam sehari. Ha, ni barulah namanya berkualiti.


Tugas kami Sekolah Menengah TM, memberi peluang kedua, ketiga, keempat atau untuk kesekian kalinya kepada pelajar-pelajar yang mahu menduduki peperiksaan. Rebutlah peluang untuk berjaya. Setkan minda anda bahawa TIDAK MUSTAHIL untuk anda cemerlang..saya bukan cakap tentang 'berjaya' saya cakap tentang 'cemerlang'..kalau setakat berjaya mungkin sekadar berjaya lulus..kalau cemerlang, memang 'power' la keputusannya.. Tanamkan dalam diri anda untuk belajar sampai cemerlang. Bukan sekadar belajar untuk lulus. Jangan jadikan diri anda seorang yang 'loser'..Jadilah orang yang penuh semangat hingga ke akhirnya..bak kata pepatah, 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'.. Alang-alang dah belajar, biar la cemerlang..baru berbaloi kita habiskan masa bersengkang mata buat kerja sekolah, baca buku, korban masa dan wang ringgit. Betul tak? Kalau rasa betul, jadikan panduan kalau salah boleh tolong perbetulkan..

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

Selamat Menyambut Hari Guru!!

BENGKEL SKOR A+ PT3 & SEMINAR KECEMERLANGAN SPM