Profil Sekolah
Visi
Ke arah pembentukan insan mulia dengan melahirkan generasi yang berilmu, berwibawa dan berwawasan berteraskan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Misi
Memupuk dan melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berketrampilan.
Meningkatkan prestasi akademik pelajar dari segi kualiti dan kuantiti mengikut tahap kemampuan pelajar.
Mewujudkan hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa serta masyarakat.
Membentuk budaya kerja yang berkualiti dan cemerlang di kalangan guru dan kakitangan.
Mewujudkan iklim sekolah dan prasarana yang selamat, ceria dan kondusif.
Moto Sekolah
Excellence Through Education
Sejarah Sekolah
Sejarah kecemerlangan SMTM bermula pada 16 November 1991 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pada 23 Mac 1992. Sejak itu SMTM terus unggul di persada pendidikan.
Keistimewaan SMTM
Kelas berhawa dingin dan selesa.
Yuran pengajian yang berpatutan.
Guru-guru yang berpengalaman.
Suasana pembelajaran yang mesra antara pelajar dan guru.
assalamualaikum,
ReplyDeleteadakah terdapat kemudahan asrama di sini?