Masa untuk rehatkan minda dan menceriakan hidup!! Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman!! Lawatan sambil belajar Sekolah Menengah TM Jitra telah diadakan pada 13 Mei 2014. Seawal jam 7.30 pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam bas dan bertolak pada pukul 7.45 pagi. Menariknya, ramai membawa bekalan sarapan maka bermulalah sesi bertukar-tukar juadah, sama-sama berkongsi makanan. Rombongan tiba di destinasi pertama iaitu Muzium Perang di Bukit Batu Maung sekitar jam 10 pagi. Muzium seluas 20 ekar yang dianggap antara muzium paling berhantu di Asia ini sebenarnya adalah bekas kubu British pada waktu perang Dunia ke-2. Ia d ibina pada tahun 1930an. Kemudiannya, muzium ini telah ditukar menjadi penjara dan kem seksaan untuk askar Melayu, Sikh dan British apabila Jepun berjaya merampas kubu . Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun. Setelah dipulihkan, akhir
Comments
Post a Comment