Istiqbal Ramadhan di SMTM Shahab Perdana & Jitra

ISTIQBAL YA RAMADAN !!!
RAMADAN KARIM..

Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur kepada pencipta langit & bumi, Allah Rabbul 'Alamin akhirnya Ramadan kembali lagi. 
Sama-samalah kita berdoa...
 'ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.  

Sama-samalah kita rancang dan laksanakan aktiviti-aktiviti ibadah untuk mendapatkan manfaat sebanyak mungkin. Isilah setiap detik dengan amalan yang berharga. Pelbagai amalan harian boleh dibuat dan diperbaiki antaranya solat di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat, memperbanyakkan membaca al-Quran, malah semudah-mudah amalan seperti istighfar, berzikir, bertahmid sambil membuat kerja amatlah bagus untuk diamalkan. Semuanya terletak pada kehendak, kesungguhan dan keikhlasan kita untuk mengamalkannya.
Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
Sempena kedatangan Ramadhan baru-baru ini, SMTM turut tidak ketinggalan mengadakan majlis beramai-ramai di cawangan masing-masing. 



Antara pengisian Istiqbal Ramadhan di SMTM Shahab Perdana termasuklah bacaan Yaasin, zikir, tazkirah dan tayangan video 'Kebangkitan Islam' sebagai juadah pengisian rohani. Jamuan ringkas menyusul kemudian.
SMTM Jitra turut mengadakan majlis yang sama, malah meriah dihidangkan dengan pelbagai juadah.

Para guru turut serta dalam majlis bacaan Yaasin.


 Majlis mendapat sambutan menggalakkan daripada bekas pelajar SMTM 2013.
 Aneka jenis makanan dihidangkan untuk semua warga SMTM Jitra.



  



Comments

Popular posts from this blog

TUISYEN INTENSIF CUTI SEKOLAH 2017

JAWATAN KOSONG 2018

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang